events
5 Jul 2026
Program Sukan Komuniti M.B.I.P

Jul
04
Iskandar Puteri | 4 July Program Sukan Komuniti MBIP telah berlangsung dengan meriah di SIREH Park pada 4 Julai lalu, dengan kehadiran penduduk sekitar. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Wong Foong Yee, Ahli Majlis Zon 14 (Bukit Horizon).! Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta memupuk semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti seperti senamrobik, boling padang dan Nature Walk.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan KAWAN atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.



