events
/
30 Apr 2026

29 APRIL 2026: PROGRAM “RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA 2026” SEMPENA HARI BUMI DI SIREH PARK

Apr
29

Iskandar Puteri, 29 April 2026 – Sempena sambutan Hari Bumi, SIREH Park terus komited dalam memelihara keindahan alam sekitar melalui pelbagai inisiatif hijau termasuk usaha penanaman pokok dan pemeliharaan alam semula jadi demi kelestarian untuk generasi akan datang.

Seiring dengan itu, SIREH Park dengan kolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Kelab Belia Progresif Aman Larkin telah menganjurkan program “Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2026”, 29 April 2026. Program ini melibatkan kira-kira 518 belia dari seluruh Johor dan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga persekitaran.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Pandak Ahmad, ADUN Kota Iskandar. Turut hadir Encik Zurihanmi Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor; Puan Wong Foong Yee, Ahli Majlis Zon 14 (Bukit Horizon) dan Encik Faisal Mohd Nor, Ketua Pengurusan SIREH Park.

Ditulis: Amir Farhan & Inara Jurugambar: Izaan

https://web.facebook.com/share/p/1J41R2JqWT/ https://www.instagram.com/p/DXtz6-HGPUa/?igsh=N2YxaWJreWJ6am50

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)