events
/
28 Oct 2024

28 Oktober 2024: Lawatan Timbalan Menteri MITI ke Expo Deepavali, Sireh Park

Oct
28

Iskandar Puteri, 28 Oktober 2024 — SIREH Park telah menerima lawatan daripada Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Tuan Liew Chin Tong ke Expo Deepavali Inaivom 2.0 yang berlangsung di SIREH Park. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad serta ADUN Skudai, Marina Ibrahim.

Lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra bersama para peniaga serta pengunjung di expo tersebut, di samping memberi sokongan terhadap program berbilang kaum yang mempromosikan perpaduan dan kepelbagaian budaya. Expo Deepavali Inaivom 2.0 menampilkan pelbagai gerai makanan serta aktiviti menarik yang mendapat sambutan meriah daripada orang ramai.

Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Yang Berhormat meluangkan masa untuk melawat taman ini. Orang ramai masih berpeluang untuk mengunjungi Expo Deepavali Inaivom 2.0 yang berlangsung sehingga 30 Oktober 2026, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam di Parking B, SIREH Park.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/p/18VWmUxGPr/ https://www.instagram.com/p/DBqwhxSM2zU/?igsh=ZzlvNHQ1a2ZicWdm

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)