
Iskandar Puteri, 8 November 2024 — SIREH Park telah menerima kunjungan daripada 10 agensi pelancongan dari Singapura bersempena kempen Malaysia Midnight Sale anjuran Tourism Malaysia. Lawatan ini melibatkan kira-kira 40 peserta yang terdiri daripada wakil agensi pelancongan dari negara jiran tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan produk dan tarikan pelancongan yang terdapat di SIREH Park, termasuk keunikan landskap semula jadi serta pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuhkan promosi pelancongan dan menarik lebih ramai pelawat antarabangsa ke Iskandar Puteri.
Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Malaysia atas penganjuran lawatan ini. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mempromosikan SIREH Park sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1DgZnZDr1i/ https://www.instagram.com/p/DCGPOBlJqB7/?igsh=MWp0Mmpzdnh3MWRtbA==

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881