
Iskandar Puteri, 3 Julai 2025 — SIREH Park telah menjadi perhentian pertama bagi jelajah Kempen Save Soil di Malaysia yang diketuai oleh Sahil Jha bersama pasukan sukarelawan, yang memulakan perjalanan mereka pada 30 Jun lalu.
Sepanjang lawatan ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk aktiviti mendaki bukit, penanaman sebanyak 29 batang pokok serta sesi perkongsian pengalaman oleh Sahil Jha yang memulakan penjelajahan berbasikalnya sejak 21 Mac 2025. Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penjagaan tanah dan kelestarian alam sekitar.
Kempen Save Soil merupakan satu gerakan global yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap krisis degradasi tanah yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Pihak SIREH Park menyokong penuh inisiatif ini dan berharap usaha seperti ini dapat terus memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama menjaga alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1Dtke1vgVt/ https://www.instagram.com/p/DLpUQgpJVoF/?igsh=ajdnYnp5ZWsxM3R5

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881