events
/
6 Jul 2025

6 Julai 2025: Rimba X Fest 2025 di SIREH Park

Jul
05

Iskandar Puteri, 6 Julai 2025 — Festival Rimba X Fest 2025 anjuran Coaction Events telah berlangsung dengan penuh meriah pada 5 dan 6 Julai 2025 di Expo Ground, SIREH Park. Festival bertemakan kesenian kebudayaan dalam suasana hutan di tengah bandar ini berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk Trail Run pada sebelah pagi serta pesta kebudayaan pada waktu malam yang menampilkan persembahan tradisional dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor. Antara persembahan yang dipersembahkan termasuk tarian Unity Bangsa Johor, nyanyian lagu tradisional, gendang Bangsa Johor, tarian kain benang Johor, pertunjukan api serta joget lambak yang menceriakan suasana. Hari kedua turut diserikan dengan aktiviti seperti zumba dan “Rimba Cook Off Race” yang dibawakan oleh Zara Food.

Festival ini merupakan penganjuran julung kali dan telah memberikan pengalaman yang unik kepada para pengunjung dengan gabungan elemen alam semula jadi dan budaya tempatan. Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Coaction Events atas kepercayaan memilih lokasi ini serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Diharapkan festival seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/p/1ArcP4jrdz/ https://www.instagram.com/p/DLw5TqBJJCM/?igsh=MWU4Y2h3anhjcWVyeA==

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)