news
/
12 Jul 2025

12 Julai 2025: SIREH Park Diiktiraf sebagai “Largest Urban Community Green Recreational Park In Malaysia” oleh Malaysia Book of Records

Jul
11

Iskandar Puteri, 12 Julai 2025 — SIREH Park terus melakar kejayaan apabila secara rasmi diiktiraf sebagai “The Largest Urban Community Green Recreational Park in Malaysia” oleh Malaysia Book of Records, satu pencapaian yang membanggakan dalam usaha memartabatkan kelestarian alam sekitar.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan kepada Encik Saniman Md Apandi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Nusajaya Natural Heritage Trust (TNNHT), dalam Majlis Makan Malam Gala sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Malaysia Book of Records. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Hisham Hamdan selaku Pengerusi, Christina Foo sebagai Ahli Lembaga Pengarah serta Encik Hafizuddin Sulaiman, Officer in Charge of UEM Sunrise.

Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha berterusan pihak pengurusan, komuniti serta rakan strategik dalam memulihara alam semula jadi dan menyediakan ruang rekreasi lestari kepada masyarakat. SIREH Park, yang merangkumi keluasan 343 ekar, dibangunkan oleh UEM Sunrise dan diuruskan oleh TNNHT, menjadi platform kepada pelbagai inisiatif dan aktiviti berteraskan kelestarian alam sekitar.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/p/1CVC6tdgxM/ https://www.instagram.com/p/DMAePivNFDy/?igsh=MXQzZTZxcG1qamRjeQ==

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)