
Iskandar Puteri, 20 Ogos 2025— Seramai 150 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menyertai Program Gaya Hidup Sihat yang diadakan di SIREH Park yang diketuai oleh ACP M. Kumarasan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, baru-baru ini.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota, di samping menggalakkan aktiviti riadah dalam suasana alam semula jadi.
Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPD Iskandar Puteri atas kepercayaan memilih lokasi ini bagi penganjuran program tersebut. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang bagi memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1JVzhxB9FP/ https://www.instagram.com/p/DNj2HP3y8N0/?igsh=MWJiNWl6MGszZ2pjbQ==

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881