
Iskandar Puteri, 24 Ogos 2025 — SIREH Park mencatat satu lagi pencapaian penting apabila Jambatan Eco Link yang menghubungkan Bukit 2 dan Bukit 3 kini rasmi dibuka kepada pengunjung. Pembukaan ini menandakan satu penambahbaikan infrastruktur dalam usaha mempertingkatkan kemudahan dan pengalaman pengunjung di taman ini.
Jambatan sepanjang 65 meter ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Ia merupakan sumbangan daripada UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM dan dibina menggunakan bahan mesra alam sekitar, selari dengan komitmen terhadap pembangunan lestari. Majlis turut diserikan dengan aktiviti penanaman sebanyak 100 batang pokok serta Pertandingan Eco Program yang melibatkan sekolah-sekolah sekitar Iskandar Puteri.
Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Pembukaan Jambatan Eco Link ini diharap dapat terus menyokong agenda hijau serta menjadikan SIREH Park sebagai destinasi rekreasi alam semula jadi yang lebih menarik dan lestari.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/18EioHfthC/
https://www.instagram.com/p/DNugZ4j5Pi6/?img_index=2&igsh=MWFzZGRoYnhiY2Rtaw==

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881