
Iskandar Puteri, 1 September 2025 — SIREH Park buat julung kalinya telah berkolaborasi bersama Kelab Sukan UEM Sunrise (UEMSSC) dalam menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 yang berlangsung dengan penuh semangat patriotik dan penyertaan memberangsangkan.
Sambutan kali ini tampil berbeza dengan penganjuran Cabaran Merdeka-68 SIREH Park yang melibatkan seramai 68 peserta terdiri daripada ahli kelab sukan, pelajar sekolah dan orang kurang upaya. Peserta bekerjasama dalam melengkapkan pelbagai aktiviti seperti road bike, mountain bike, kayak, larian denai, berenang serta larian pelajar sekolah sambil membawa kapsul berisi Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan semangat kemerdekaan.
Aktiviti-aktiviti seperti perarakan kemerdekaan, persembahan sajak, tarian tradisional serta pertandingan pakaian patriotik menjadi tunjang kemeriahan sambutan kali ini. Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan bersejarah ini. Semangat Merdeka terus disemarakkan dalam kalangan komuniti melalui penganjuran program seumpama ini.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1BBD6QbE2B/ https://www.instagram.com/reel/DOkHOuHEpuj/?igsh=MXV6ZGg3Ynpsa2g4bQ==

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881