events
/
30 Sep 2025

30 September 2025: KAWAN SIREH Park Kini Rasmi Dilancarkan

Sep
28

Iskandar Puteri, 30 September 2025 — Inisiatif komuniti KAWAN SIREH Park telah dilancarkan secara rasmi pada Ahad lalu di SIREH Park dengan penglibatan seramai 100 peserta sukarelawan bagi pengambilan pertama.

Peserta sukarelawan terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun ke atas serta komuniti setempat yang mempunyai pelbagai latar belakang kemahiran. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam menjaga keindahan taman.

Sempena pelancaran ini, aktiviti plogging turut diadakan bersempena World Cleanup Day, yang menjadi aktiviti pertama bagi pasukan sukarelawan ini. KAWAN SIREH Park diharap dapat menjadi platform berterusan untuk komuniti bersama-sama memelihara, menjaga dan menghidupkan keindahan alam di SIREH Park.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/p/1FYihEb48i/ https://www.instagram.com/p/DPOjhfzkmgF/?igsh=cDlnbmJ2NXhkZ21n

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)