events
/
12 Oct 2025

12 Oktober 2025: Hari Sukan Negara IPD Iskandar Puteri 2025 di SIREH Park

Oct
12

Iskandar Puteri, 12 Oktober 2025 — SIREH Park telah menjadi lokasi penganjuran Hari Sukan Negara IPD Iskandar Puteri 2025 yang melibatkan lebih 380 warga IPD bersama ahli keluarga dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuk senamrobik, Trail Run sejauh 7 kilometer, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun serta pertandingan pakaian T-shirt tercantik. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan antara anggota dan keluarga.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Gopal A/L Pachappan, YDH ACP Kumarasan A/L Muniandy, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri serta YDH Supt. Mohd Azlan Abdul Kadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri. Pihak SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPD Iskandar Puteri atas kepercayaan memilih lokasi ini bagi penganjuran program tersebut.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/p/1BTDMepFLV/ https://www.instagram.com/p/DPsYm7nkv82/?igsh=d2pwOXpyejJiOHlx

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)