events
/
14 Oct 2025

14 Oktober 2025: CIMB Bank Berhad Tanam 1,000 Pokok di SIREH Park

Oct
14

Iskandar Puteri, 14 Oktober 2025 — SIREH Park merakamkan penghargaan kepada CIMB Bank Berhad atas sokongan terhadap inisiatif Plant That Tree melalui penanaman sebanyak 1,000 batang pokok di kawasan taman ini.

Inisiatif ini melibatkan penyertaan aktif kakitangan CIMB, di mana seramai 80 orang daripada tujuh cawangan telah turun padang pada minggu lalu bagi melengkapkan penanaman baki 190 batang pokok terakhir. Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian mengenai kaedah pembiakan tumbuhan kepada para peserta sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Sebelum ini, beberapa siri penanaman pokok telah dilaksanakan secara berperingkat dengan penglibatan pelbagai sukarelawan. Usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada penghijauan kawasan, malah memberi peluang kepada komuniti untuk merasai pengalaman secara langsung dalam aktiviti kelestarian alam sekitar.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzzan

https://web.facebook.com/share/p/1E9GVThPr6/ https://www.instagram.com/p/DPyirgIki9F/?igsh=eGZ0NWYydDMzOHUw

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)