events
/
1 Nov 2025

1 November 2025: Hari Sukan Negara Kemas Parlimen Iskandar Puteri Meriah Di SIREH Park

Nov
01

Iskandar Puteri, 1 November 2025 – SIREH Park menjadi lokasi penganjuran Hari Sukan Negara KEMAS Parlimen Iskandar Puteri yang melibatkan seramai 1,000 peserta terdiri daripada pelajar dan ibu bapa daripada 66 Tabika KEMAS, hari ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan anak-anak melalui pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti senamrobik, jungle trekking sejauh 1.8KM, sukaneka mengikut kategori, serta cabutan bertuah yang turut memeriahkan suasana.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Pandak, ADUN Iskandar Puteri. Turut hadir Encik Mohd Badri Ismail, Pegawai Unit PAK KEMAS Negeri Johor selaku wakil rasmi Pengarah KEMAS, serta Miss Wong Foong Yee, Ahli Majlis Bukit Horizon.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan

https://web.facebook.com/share/r/1CaCnHzCAg/ https://www.instagram.com/reel/DQgk2IlEjwD/?igsh=MWo4bXdubDM3M3h2OQ==

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2025 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)