
Iskandar Puteri, 20 April 2025 - SIREH Park telah mendapat perhatian menerusi petikan akhbar Kosmo! yang mengetengahkan taman rekreasi ini sebagai destinasi terapi alam semula jadi di Iskandar Puteri, Johor. Berkeluasan 343 ekar, SIREH Park menawarkan suasana hijau dan tenang yang sesuai untuk aktiviti rekreasi, riadah serta pengalaman mendekati alam semula jadi.
Antara aktiviti yang menjadi tarikan utama di SIREH Park termasuk perkhemahan, hiking, jungle trekking, berbasikal, memancing, aktiviti air serta pengalaman santai di kawasan Raptor Nest Escape. Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di kawasan trak makanan yang disediakan terutama pada hujung minggu.
SIREH Park juga terus komited dalam memperkasakan inisiatif kelestarian alam melalui program “Plant That Tree” yang menggalakkan penanaman pokok dan pemuliharaan biodiversiti. Sebagai taman komuniti hijau, SIREH Park bukan sahaja menjadi lokasi rekreasi dan eko-pelancongan, malah turut berperanan sebagai platform pendidikan alam sekitar kepada masyarakat.
Ditulis: Amir Farhan


30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881