events
/
13 Nov 2023

Tree Planting Ceremony In Conjunction With The Asia Pacific Climate Week 2024.

13 November 2023 | Sireh Park, Iskandar Puteri Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Majlis Penanaman Pokok di Sireh Park, Iskandar Puteri bersempena Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 pada petang hari pertama konvensyen ini berlangsung sebagai salah satu inisiatif bagi menangani masalah perubahan iklim

Seramai 45 delegasi yang mewakili 11 negara iaitu Malaysia, Perancis, Nepal, Sweden, Ukraine, Lubnan, Jepun, India, Filipina, Myanmar, dan Sri Lanka telah turut serta dalam Majlis Penanaman Pokok tersebut.

Turut hadir memberi sokongan dan bersama-sama dalam aktivit menanam pokok adalah Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji, Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Yang Berhormat Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Tuan Haji Muzaldin bin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru, Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, dan Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rashid bin Kasman, Ketua Whip MBIP.

Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 anjuran Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) buat pertama kalinya diadakan di Malaysia dengan Negeri Johor dipilih sebagai tuan rumah

APCW 2023 menyediakan platform bagi penggubal dasar, pengamal, perniagaan dan masyarakat sivil untuk bertukar-tukar pandangan mengenai penyelesaian masalah iklim dan cabaran untuk diatasi, dengan memfokuskan 4 agenda utama iaitu;

  1. Sistem Tenaga dan Industri
  2. Bandar, Penempatan Bandar dan Luar Bandar, Insfrastruktur dan Pengangkutan
  3. Darat, Laut, Makanan dan Air
  4. Masyarakat, Kesihatan, Kehidupan dan Ekonomi

More Stories

More

Park Address

Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia

Contact No.

+607-231 7881

Leave us a message for more information

Connect With Us

© Sireh Park © 2024 The Nusajaya Natural Heritage Trust (Registration No: PPAB 18/2015)