12 Disember 2025: Pertandingan Memancing SIREH Park Meriah Dengan Penyertaan 250 Peserta

Iskandar Puteri, 12 Disember 2025 – SIREH Park telah menganjurkan Pertandingan Memancing SIREH Park 2025 yang julung kali diadakan, dengan penyertaan terhad kepada 250 peserta sahaja. Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminat sukan memancing dari pelbagai kawasan.
Pertandingan ini merupakan kolaborasi antara SIREH Park dan Kolam Pancing TJ dengan kerjasama Ahli Majlis Bukit Horizon, Puan Wong Foong Yee. Selain menguji kemahiran peserta, program ini turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menambah kemeriahan acara.
SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang serta ucapan terima kasih kepada seluruh peserta atas sokongan yang diberikan. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kalangan komuniti.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1L4xVuHtZR/ https://www.instagram.com/p/DSJyC6cl9Pk/?igsh=OHM1aWNuam1hejJu
More Stories
More
10 Jun 2026

6 May 2026

30 Apr 2026