
Iskandar Puteri, 13 September 2024 —Enchanted Garden Light Festival kini berlangsung di Sireh Park, menawarkan pengalaman malam yang memukau dengan gabungan cahaya, alam semula jadi dan hiburan untuk seisi keluarga.
Bermula dari 13 September hingga 2 Disember 2024, festival ini menampilkan lebih 150,000 bunga berlampu termasuk tulip, ros dan padi. Antara tarikan utama ialah shouting fountain dengan pancutan air setinggi 300 kaki serta persembahan aurora laser light yang mencipta suasana magikal kepada para pengunjung.
Festival ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam di tapak perkhemahan Sireh Park. Harga tiket adalah RM10 bagi dewasa, RM8 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Orang ramai dijemput hadir dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati keajaiban festival.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://web.facebook.com/share/p/1T5xUeZYSA/ https://www.instagram.com/p/DCYT63iJBHi/?igsh=MTgzcmpnNXp5cWEwYg==

30 Apr 2026

12 Dec 2025

1 Nov 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881